Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Sistem Rangkaian
Diploma Sains Kesetiausahaan

PORTAL RASMI POLITEKNIK MERSING JOHOR

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Dapatkan info terkini PMJ melalui Portal Rasmi, Facebook dan anda boleh melayari laman PMJ melalui mobile anda.

Bengkel Pengucapan Awam

Bengkel Pengucapan Awam telah diadakan bersempena dengan Majlis Note of Understanding (NOU) di antara Politeknik Mersing dengan Malaysian Institute of Debate & Public Speaking (MIDF). Bengkel tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mersing. Bengkel ini melibatkan 110 peserta yang terdiri semua pelajar kelas Bahasa Inggeris dan Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Mersing. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dengan kemahiran pengucapan awam dan untuk meningkatkan tahap keyakinan untuk berkomunikasi serta menyampaikan maklumat dengan menggunakan bahasa global di hadapan umum.

Kejohanan SUKIPT 2016

Kejohanan SUKIPT 2016 bermula dengan acara balapan & warga Politeknik Mersing amat berbangga apabila pingat emas pertama SUKIPT 2016 telah disumbangkan oleh pelajar Politeknik Mersing.
Kategori IPT (L): A. Yaashan (Politeknik Mersing/28.40m) Benedit Neo (Singapore/28.50) Ariff Danial (UiTM/34.55m) Syabas & tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini akan menjadi inpirasi untuk terus beroleh kejayaan!

National Innovation & Invention Competition Through Exhibition (iCompEx)

Bulan Mac 2016 telah mencatatkan detik manis kepada warga PMJ dimana kedua-dua penyertaan inovasinya telah mendapat pengiktirafan di dalam dua pameran yang berbeza. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Dr Shahiza Ahmad Zainuddin, Pn Adleena Adha Binti Abdul Mua'ain, Cik Athirah Binti Ahmad dan Cik Nurul Fathiha Binti Ibrahim di atas kejayaan mereka di Innovative Practices In Education And Industry Exhibition (I-Peinx) 2016 bertempat di UTM, Skudai, Johor. Inovasi mereka yang bertajuk Kickstart Teaching Kit telah meraih pingat gangsa di dalam acara berkenaan. Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Cik Akalili Binti Abdullah dan Pn Mas Ayu Binti Mohd Arif di atas kejayaan mereka mengharumkan nama PMJ di National Innovation And Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2016 bertempat di POLIMAS, Jitra, Kedah. Mereka juga telah berjaya meraih pingat gangsa untuk inovasi mereka yang bertajuk Sistem E- Prosedur.
Diharapkan kejayaan-kejayaan ini dapat menaikkan semangat warga PMJ tidak kira pensyarah mahupun pelajar untuk terus mencipta hasil inovasi untuk kegunaan semua pihak.

Pengurus Pasukan Terbaik MSP

Encik Panneer Selvem, pensyarah JTMK Politeknik Mersing muncul Pengurus Pasukan Terbaik. Tahniah diucapkan!

Pertandingan Citra Puisi

Pertandingan Citra Puisi

PMJ telah menghantar penyertaan ke pertandingan Citra Puisi yang berlangsung di PTSB pada 19 & 20 April 2016, dan berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu: Anugerah Khas Juri Lagu Puisi Tempat ke-2 Penulisan Puisi Tahniah Afiq, Eden, Khai, Hazim, Liya, Nina, dan Saffa!

Program Jom Membaca 10 Minit

  Program Jom Membaca 10 Minit 2016 telah diadakan di Perpustakaan PMJ pada 25 April 2016. Semua kakitangan mengambil bahagian dalam program tersebut. Tahniah kepada Unit Perpustakaan yang menjayakan program tersebut.

SUKIPT 2016

  Tahniah kpd pelajar Politeknik Mersing, Ummi Hakimah, penyumbang pingat emas pertama utk kontinjen Politeknik Johor dlm acara Taekwondo Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016. Tahniah juga diucapkan kpd pasukan pegawai dan jurulatih drpd Politeknik Mersing selaku Pusat Pembangunan Sukan Taekwondo Politeknik Malaysia, hari pertama membuka gelanggang dgn kutipan 3 emas, 1 perak, 1 gangsa. Teruskan berjuang.

PENDAFTARAN KAMSIS PELAJAR SENIOR

Muat turun surat pendaftaran kamsis pelajar senior sesi Jun 2016.

Surat Pendaftaran

KEPUTUSAN PERMOHONAN KAMSIS JUN 2016

KEPUTUSAN RASMI

Dimaklumkan keputusan permohonan menduduki kamsis Sesi Jun 2016 akan mula diumumkan pada 17 Mei 2016 selepas jam 12.30 tengahari melalui laman web : www.pmj.edu.my/asrama

Keputusan Fasa ke2 akan diumumkan bagi permohonan yang ditolak/tidak lengkap/KIV selewat-lewatnya pada 16 Jun 2016. Sebarang semakan boleh diajukan kepada pengurusan kamsis (Pn. Anis – 01110879375)
Untuk makluman juga Permohonan Terbuka akan dibuka pada 19 -21 Jun 2016. Borang boleh didapati dipejabat Pengurusan Kamsis pada waktu pejabat. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan dan kelayakkan pemohon.

Jabatan Perkhidmatan Awam MAMPU MALAYSIA  POLITEKNIK MSC MALAYSIA kpt  PTPTN hrmis   fb